Halaman

Sabtu, 19 Mei 2012

STAIL Hidayatullah Surabaya Kampusku - BELAJAR DARI CICAK

STAIL Hidayatullah Surabaya KampuskuAneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang dapat terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai sayap. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekat di dinding itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang dapat terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang  guna memburu mangsanya? Barulah adil.
Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, walaupun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan keuletan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.
kita juga perlu belajar dari kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu fokus pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Fokuskan pada kerajinan kita. Mungkin fisikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih bisa membina hubungan yang baik dengan kerabat, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!    
Jadi bila melihat cicak, jangan pandang begitu saja. Jangan hanya melayang imijinasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sadarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:
“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”

1 komentar:

  1. kembangkan terus ya,,
    oh ya jalan2 ke blog BEM ingsyaAllah ada info yg bermanfaat,,,
    wassalam,,

    BalasHapus