STAIL Hidayatullah Surabaya Kampusku - Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang dapat
terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai sayap. Kalau
difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekat di
dinding itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang dapat terbang. Tentulah begitu sukar
bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap
yang juga mampu terbang guna memburu mangsanya? Barulah adil.
Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, walaupun cicak tidak
dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam
dan keuletan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak
‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan
kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah
dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada
kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.